Sebelum ini saya melibatkan diri dalam bidang penternakan khusus kepada ternakan ayam kampung, sekian lama dalam bidang ini, perlahan-lahan saya mula menerjah ke bidang ternakan baru iaitu ternakan Ayam Belanda. Memandangkan tak ramai penternak ayam belanda di area selatan khususnya, jadi selepas mendapatkan nasihat dari beberapa penternak sedia ada di johor terutamanya, maka saya try-try la untuk terlibat dalam ternakan ayam belanda ini. Untuk sesiapa yang memang sedia menternak ayam belanda nih samada sebagai hobi atau komersial, boleh la sama-sama kita berkongsi pengalaman & pengetahuan. Setahu saya, ternakan ayam belanda berisiko dari segi penyakit (antibodi rendah).
Kalau di Utara Semenanjung ramai penternak ayam belanda dan unggas exotic... saya rasa penternak Selatan juga boleh belajar seperti mereka. Barangkali dengan terbangunnya usaha ni, maka projek cross-breed akan jadi lebih besh! InsyaAllah.
Ok! Saya akan mulakan dengan permulaan projek yang sedang saya bangunkan nih. Next post tentang "ZerO to One".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan